->
you typedd*:
blog
(Sunday, June 29, 2008-)
+8:23 PM]*
# When the night has come
When the music fades, and all is stripped away,
And I simply come, longing just to bring,
Something that's of worth,
That will bless Your heart
When the hype is gone, and reality shows it's head,
Then I close my eyes, longing to be back,
In that sweet embrace,
Where my heart felt safe (=
Don't think anyone would understand this post (as joy would put it, cheeminosity), but well, since i dun believe in private blogs (haha lesze!), i shall just use my own language (=
Dalam hidup ini, melihat pencapaian para rakan yang berjuang, menara pencakar langit yang telah dibina. Memandang balik pada hidup saya, memang pedih, hatiku yang kesunyian. Tidak dinafikan, pencapaian yang telah dicapai, perjuangan yang telah tamat. Tetapi, melihat pula pada pencapaian orang lain, rasa iri hati yang membara, pudar 'pabila kufikirkan punca sebenarnya. Apa yang kuingin, kutahu bukan apa yang Mu mahu untuk ku. Sukarnya menafikan keinginan dalaman, hati yang kesunyian, yang inginkan rasa cinta semula. Dikasihi dan mengasihi semula. Untuk berasa istimewa, untuk membina memori rahsia bersama. Tuhan, kutahu, Kau memang boleh memenuhi rasa hatiku yang kesunyian ini. Tetapi, betapa malunya saya, yang katakan setiap Sabtu yang Kau segala yang kuperlukan, tetapi insan dalaman pula menjerit untuk dampingan teman istimewa. Ku inginkan Mu menjadi segala yang kuperlukan, segalanya. Namun, rasa kesunyian dan kesepian ini memang tidak dapat dinafikan. Ku lihat orang pertama (A), dia memang luar biasa, dan hakikatnya, dia memang seorang yang ku rasakan memang sejiwa. Tetapi kebenaran memberitahuku, membisik, yang terbaik akan datang dari-Nya. Orang kedua (X), entah apa yang telah berlaku. Komunikasi yang lenyap, dan pencapaian untuk seketika dan pergelutan dan masalah telah menjauhkan kita. Tidak lagi seperti era pra-perperiksaan. Kini, walaupun tingkap MSN terbuka, kata-kata tidak lagi diluahkan dengan bebas. Persahabatan telah menjadi menjengkel. Bagaimana ianya terjadi? Orang ketiga (Y), sejak konflik dengan orang pertama, dan kata-kata yang "salah" dan "berbisa", persahabatan pun telah tukar. Kini kulihat kau seperti orang yang cuba mendapat kedua-dua orang pertama dan kedua. Tambahan pula, telah terbatas kebebasan di NUS.
Tambahan pula, orang keempat, dari diriku sendiri, ya,memang pemberian Tuhan, telah menjadi masalah yang rumit. Tidak lagi mendengar arahan atau nasihat, apa yang mampu ku buat. Saya tahu, berdoa, tetapi, mengapa ku tidak lakukan?
Fikiran ku balik kepada kesunyian.
Bila muzik pudar, dan segalanya ditanggalkan,
Dan ku datang, teringin membawa,
Sesuatu yang bermakna,
Yang memberkati hatiMu,
Ku bawa lebih 'pada lagu,
Kerana lagu bukan apa yang Kau ingin,
Kau memeriksa lebih dalam,
Lebih dalam 'pada keadaan,
Kau melihat ke dalam hatiku,
Ku kembali kepada hati sejati,
Pabila segalanya tentangMu,
Segalanya tentangMu, Yesus,
Ku kesal atas segala yang kujadikan,
Pabila segalanya tentangMu,
Segalanya tentangMu, Yesus.
the story ends like this;
________________________________________________________________________________